Friday, 16 October 2015

UK Trip 2015: Experience naik Etihad Airways dan Flying Nanny

Hello dearies..

Masa pegi UK naik Etihad from KL to Abu Dhabi to Manchester. Kami mula2 memang nak book MAS tapi MAS takde flight ke Manchester tu yang try Etihad tu. Harga lebih kurang je.

Ni first time momsie naik Etihad. Before this momsie pernah naik other airlines tapi tu la saje nak try airlines lain kali ni plus ada FLYING NANNY yang katanye memang qualified utk jaga babies/toddlers. 

Also, ni first time momsie transit kat Abu Dhabi airport.

Ok mula2 masa check in at the airport, staff kat KLIA friendly tapi masalah datang bila SEATS yang kita dah confirm prior to booking bertukar. Momsie bersama baby Eileen punya seat free upgraded kat depan yang ada extra legroom untuk cater babycot baby Eileen pastu seat my bonda ngan Mr H kat tempat lain. Memang kat airport time check in panic kenapa lain2 seats, nasibla staff2 sangat helpful dan friendly sanggup bantu kami. Dapatla semua duduk sebaris, Alhamdulillah..
Tapi tu la, Etihad ni suka overbook passengers maknanya dia let more people book than the seats yang available. Huru-hara la semua orang yang check in lambat seats entah pape.

Dahlia masa fly balik ke KL dari Abu Dhabi, pakai pyjamas terus. Extra legroom depan tu dapat stretching kaki.

Dari segi MAKANAN, hmm...honestly memang sangat dissapointed dengan makanan dia. Bagi momsie memang xsedap. Ayam rendang x rase cam rendang langsung. Salad dia pun cam kena tekak. Makanan MAS, SIA, Brunei Airlines lagi sedap. Baby Eileen dapat BABY MEAL which is...jeng3 puree dalam bekas jar tu fruits/vegetables. Ok gak la, baby makan licin habis. Tapi x cukup, momsie bagi dia makan roti and biskut and rasa nasi momsie sikit. 

Ok masa baru masuk plane FLYING NANNY datang beri goodie bag untuk baby Eileen, dalam bag tu ada coloring book, stickers, colour pencils, mainan. Sebenarnya tak berapa sesuai untuk babies tapi momsie ambil gak save for future and buat kenangan. Pastu flying nany usha baby tengok agak2 muat tak dalam babycot, Baby Eileen memang x muat sebab badan panjang so dia tidur atas lap momsie je sepanjang dalam flight (xnak kat abah or nenek@Nani die, lenguh gak momsie). Selepas tu sepanjang perjalanan tak nampak apa fungsi Flying Nanny tu. ada baby nangis2, budak lari2, tak nampak lak Flying Nanny tu buat apa2 atau bantu. So, tak pasti la apa sebenarnya fungsi dia sangat. 

Apa lagi eh? Kalau nak tau pasal lain2 cuba tanya.. Momsie jawab kalau mampu.

Abu Dhabi Airport memang nice kalau nak shopping, besar and sampai malam2 pun bukak terang lagi semua kedai. Dari Abu Dhabi Airport nak fly ke Manchester mak aii..security agak stressful la. Semua bag nak bukak punggah2. Lagi sakit hati bila tengok bag orang semua dipunggah tapi bile ada orang Arab je lalu dengan senang lenangnya x kena punggah pun. Sungguhlah tidak adil..

Rasa cam post ni negatif lebih dari positif, cuma nak beri honest review. Next time, nak try KLM la..boleh transit Amsterdam. Nyesal gak momsie naik Etihad. Sorry...

Lunch time Eileen!









No comments:

Post a Comment